Saturday 3 December 2011

Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2011

Ramai Muka Baru Orang Muda

pix_gal0


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan lebih ramai calon muka baru di kalangan orang muda yang memenuhi kriteria calon boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Datuk Seri Najib Razak.Presiden UMNO mengakui langkah itu adalah keperluan bagi mengukuhkan barisan parti dan meletakkan UMNO sebagai parti dinamik serta sedia membawa perubahan.
“Akan ada perubahan (calon) pada pilihan raya dan bagi sesetengah tempat memang perlu ada pembaharuan. Mungkin kali ini bilangan muka baru lebih ramai berbanding dulu sebab nak memperlihatkan UMNO ada muka baru dan orang muda. 

“Kita sedang semak dan calon sedia ada, kita akan lihat prestasi sebagai wakil rakyat. Jika baik diberi peluang sebab bila kita anjurkan konsep winnable candidate, kita tidak letakkan tempoh penggal perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO Ke-62, semalam. 

Perdana Menteri juga mengesahkan ada wakil rakyat sudah menemuinya untuk menyatakan hasrat berundur dan sanggup memberi laluan kepada muka baru. 

“Saya harap calon lama akan menyokong calon baru seperti ketika mereka naik ada orang sokong dia... dia naik sebab ada orang beri laluan padanya. Jadi, bila tiba masanya dia berundur atas kepentingan parti dia akan sokong parti dan perlu terima hakikat dulu dia terima sokongan orang lain,” katanya. 
Ditanya sama ada beliau akan mengumumkan calon lebih awal, Najib berkata: “Pengumuman calon tidak boleh terlalu awal atau lewat, kita sedang mencari masa yang sesuai kerana jika terlalu awal ada masalah lain,” katanya. 

Sambil mengakui sudah mendapatkan sedikit bayangan mengenai bila pembubaran Parlimen dan DUN, Pengerusi BN itu berkata, persiapannya juga sudah dilaksanakan, malah beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah beberapa kali turun padang. 

“Kita mahu membentuk kerajaan yang kuat kerana majoriti dua pertiga adalah ideal, tetapi yang penting majoriti selesa atau kerajaan yang kuat,” katanya. 

Mengenai keyakinan tidak akan berlaku sabotaj terhadap parti, beliau berkata, ikrar dan baiah oleh perwakilan menggambarkan kesediaan berkhidmat kepada parti. 

Mengulas kebimbangan perwakilan mengenai kesukaran jentera membantu calon memenangi pilihan raya, Najib berkata, BN akan cuba membantu meleraikan kesangsian dan menjelaskan kepada pengundi mengenai isu semasa.

“Untuk itu, kita perlu masa untuk mengkaji lebih mendalam dan mengambil langkah terbaik bagi meyakinkan pengundi,” katanya. 

Berhubung peluang BN menawan semula empat negeri, Najib berkata, parti yakin merampas semula negeri berkenaan, tetapi BN tidak pernah memandang mudah kekuatan pembangkang. 

“Bila kita hendak mengambil alih sesebuah negeri, ia memerlukan strategi yang lebih hebat daripada biasa,” katanya. 

Ditanya mengenai perjalanan perhimpunan agung kali ini, beliau melihat persidangan ini sebagai tanda pemulihan sepenuhnya dan kebangkitan semangat baru UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2008. 

“Sudah ada satu kesedaran bahawa kita berhadapan cabaran besar, tetapi berkat perjuangan kita barisan yang ampuh dengan komitmen tinggi, insya-Allah kita mampu hadapi sebarang ujian,” katanya. 

Bangkitkan Keyakinan Orang UMNO

KUALA LUMPUR: UMNO yang menerima kejutan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, semalam mendapat suntikan baru apabila Datuk Seri Najib Razak membakar semangat seluruh ahli parti Melayu terbesar itu untuk berjuang habis-habisan bagi menghadapi cabaran getir PRU Ke-13.

Mercu tanda Kampung Amer


Petronas dan TNB



  • Petronas dah bunyikan semboyan mereka untuk tidak mahu lagi berikan subsidi TNB
  • TNB nak minta belas kasihan daripada IPP? Lupakan sahaja niat tersebut. Kalau boleh mereka lagi nak kumpul seberapa banyak keuntungan untuk mereka setiap tahun melalui “model perniagaan atas angin mereka”
  • Kerajaan pula masih membiarkan perjanjian IPP tersebut berjalan seperti biasa. Macam tiada apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini.
  • Jadi, TNB nak mengadu dengan siapa? Dengan anda-anda dan semualah sebagai pengguna elektrik untuk “menyerap tekanan” yang dihadapi mereka dengan melaksanakan kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi melalui persetujuan kerajaan
  • Akhirnya, rakyat yang terpaksa “berkorban” dan “terkorban”

Monday 28 November 2011

Dari Sebuah Pangkalan Kepada Sebuah Perkampungan



Kampung Amer Hilir ialah sebuah perkampungan yang tertua di Daerah Besut. Ianya dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan kerabat Diraja Kelantan yang berasal dari beberapa kampung dari Daerah Pasir Puteh terutamanya dari Kampung Jeram, Kampung Saring dan sebagainya. Pada ketika itu, telah berlaku satu perang saudara antara mereka dan kumpulan yang tewas telah lari dan menyusuri sungai Besut yang akhirnya golongan ini telah singgah di kawasan Pulau Salim, Kampung Raja, Kampung Palembang, Kampung Lama dan Kampung Pinang.
Kampung Amer pada masa itu merupakan pangkalan kepada perahu-perahu peniaga ikan dan garam serta menjadi kawasan transit barangan perniagaan dari Kuala Besut ke Hulu Besut. Melihat kawasan kampung yang berpotensi menjadi sebuah kawasan penempatan yang ideal, golongan diraja yang tewas sepakat untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuah penempatan bagi mereka. Disebabkan kawasan tersebut aman damai dan mengikut loghat masyarakat Kelantan perkataan “aman” itu disebut “AME “ maka sehingga kini kampung ini dinamakan “AMER”.
Sejajar arus pembangunan yang melanda Kampung Amer dan kawasan sekitarnya yang menyebabkan penambahan penduduk maka taman-taman perumahan juga turut bertambah. Justeru itu, Kampung Amer telah dicadangkan supaya diuruskan oleh dua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Amer Hulu dan Amer Hilir. Maka sehingga kini kampung tersebut terbahagi kepada dua bahagian.

Orang Melayu boleh menilai antara retorik, realiti – Perkasa

PASIR MAS 28 Nov. – UMNO perlu memberi lebih tumpuan mengenai hak kepentingan orang Melayu dan Islam semasa perhimpunan parti yang akan berlangsung mulai esok selaras dengan dasar awal penubuhannya yang menjurus kepada kedua-dua agenda tersebut.
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi mengekalkan relevan UMNO sebagai tunggak untuk memacu keyakinan orang Melayu ketika pertembungan arus politik yang tidak menentu sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan ahli politik.
“Bagi golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat UMNO benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika UMNO mahu kekal relevan sepanjang masa selain mendapat keyakinan orang Melayu, maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.
“Rakyat hari ini khususnya orang Melayu sudah pandai menilai antara retorik dan realiti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di sini, hari ini.