Monday 28 November 2011

Dari Sebuah Pangkalan Kepada Sebuah Perkampungan



Kampung Amer Hilir ialah sebuah perkampungan yang tertua di Daerah Besut. Ianya dibuka sekitar tahun 1890 oleh sekumpulan kerabat Diraja Kelantan yang berasal dari beberapa kampung dari Daerah Pasir Puteh terutamanya dari Kampung Jeram, Kampung Saring dan sebagainya. Pada ketika itu, telah berlaku satu perang saudara antara mereka dan kumpulan yang tewas telah lari dan menyusuri sungai Besut yang akhirnya golongan ini telah singgah di kawasan Pulau Salim, Kampung Raja, Kampung Palembang, Kampung Lama dan Kampung Pinang.
Kampung Amer pada masa itu merupakan pangkalan kepada perahu-perahu peniaga ikan dan garam serta menjadi kawasan transit barangan perniagaan dari Kuala Besut ke Hulu Besut. Melihat kawasan kampung yang berpotensi menjadi sebuah kawasan penempatan yang ideal, golongan diraja yang tewas sepakat untuk menjadikan kawasan ini sebagai sebuah penempatan bagi mereka. Disebabkan kawasan tersebut aman damai dan mengikut loghat masyarakat Kelantan perkataan “aman” itu disebut “AME “ maka sehingga kini kampung ini dinamakan “AMER”.
Sejajar arus pembangunan yang melanda Kampung Amer dan kawasan sekitarnya yang menyebabkan penambahan penduduk maka taman-taman perumahan juga turut bertambah. Justeru itu, Kampung Amer telah dicadangkan supaya diuruskan oleh dua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Amer Hulu dan Amer Hilir. Maka sehingga kini kampung tersebut terbahagi kepada dua bahagian.

Orang Melayu boleh menilai antara retorik, realiti – Perkasa

PASIR MAS 28 Nov. – UMNO perlu memberi lebih tumpuan mengenai hak kepentingan orang Melayu dan Islam semasa perhimpunan parti yang akan berlangsung mulai esok selaras dengan dasar awal penubuhannya yang menjurus kepada kedua-dua agenda tersebut.
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi mengekalkan relevan UMNO sebagai tunggak untuk memacu keyakinan orang Melayu ketika pertembungan arus politik yang tidak menentu sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan ahli politik.
“Bagi golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat UMNO benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika UMNO mahu kekal relevan sepanjang masa selain mendapat keyakinan orang Melayu, maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.
“Rakyat hari ini khususnya orang Melayu sudah pandai menilai antara retorik dan realiti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di sini, hari ini.

kampung ku

amer hilir yang terletak bersebelahan kampung alor lintang. kepadatan penduduk mencecah sehingga 400 orang.